Tuesday, February 28, 2012

perkongsian hari ini..

salam semua...

Saya doakan anda diberikan kesihatan yang melimpah ruah..hari ini saya sekadar ingin berkongsi sesuatu, sebab mungkin anda tidak pasti bagaimana ingin membasuh pakaian anda..jadi jika ada yang basuh sendiri or yg hantar di dobi anda boleh mengasingkan baju terlebih dahulu sebelum membasuh. Setiap baju mempunyai fabrik dan dibuat dari meterial yang berlainan,jadi sudah tentu cara membasuh nya ada perbezaan. Jika tersalah basuh,alamatnya rosak lah baju anda..ataupun fabrik akan cepat mereput. Jadi langkah pertama yang perlu diambil ialah baca instruction pada baju terlebih dahulu:
cucian tangan sahaja (handwash only)

cucian mesin (machine wash)

tidak boleh dicuci (no washing)

tidak boleh masuk dalam mesin pengering (no tumble dry)

boleh guna pengering dengan suhu rendah (tumble dry low temperature)

cucian kering (dry clean)

ok diatas adalah beberapa simbol yang asas yang biasa terdapat pada baju,jadi sebelum mencuci pakaian kesayangan anda silalah baca simbol-simbol dulu,untuk mengelakan pakaian anda rosak.

lagi 1 yang paling penting,asingkan pakaian yang turun warna dahulu.Bagaimana mengenal pasti pakaian yang turun warna? insyaAllah saya akan kongsikan pada post yang akan datang. Jadi happy washing...kalau susah juga serahkan pada kami DI JOM CUCI, pasti masalah pakaian kotor anda selesai dalam masa yang singkat..jadi jimat masa untuk urusan lain.