ABOUT US


Kedai dobi JOM CUCI dimiliki oleh syarikat HALF Enterprise. Lokasinya adalah di kawasan rumah kedai yang sedang pesat membangun iaitu di NO 25,JALAN PUJ 3/10,TAMAN PUNCAK JALIL. HALF Enterprise telah ditubuhkan pada 15hb April 2010 oleh Cik Ema dan Cik Fiza berserta rakan baik mereka Cik Leeya. Kedai Dobi JOM CUCI beroperasi secara rasminya pada 7hb Jun 2010.

Kedai dobi JOM CUCI merupakan hasil cita-cita pemilik kedai ini yang telah lama merancang untuk membuka sebuah kedai dobi. Pelbagai perancangan dan usaha telah dibuat sebelum lahirnya kedai dobi JOM CUCI ini. Pemilihan nama kedai ini telah dibuat kerana memikirkan ciri-ciri yang berkaitan dengan kedai dobi.

Tema warna kedai juga telah dipilih bersama iaitu warna pink dan turquoise yang mana warna tersebut adalah warna gabungan JOM CUCI (pink) dan HALF Enterprise(turquoise). Sesungguhnya kami amat berbangga atas lawatan pengunjung ke blog JOM CUCI ini. Insyallah jika diizinkan, kami akan mengembangkan perniagaan kami dengan membuka cawangan-cawangan di tempat-tempat lain dan juga membesarkan skop perniagaan kami. Harap dapat lah mendokan kejayaan kami di masa akan datang.AMIN...